Wednesday 27 July 2011

Pembelajaran Berkhidmat dalam Masyarakat

KHIDMAT MASYARAKAT
Khidmat Masyarakat ialah kerja amali yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan

         Menjalankan kerja amali di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam
         Penyertaan aktif dalam kerja khidmat kepada komuniti sekolah atau komuniti luar sekolah

MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT

1.         Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di
            luar bilik darjah.
2.         Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
3.         Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap
           masyarakat dan negara.

PROSES MELAKSANAKAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

1.         PERANCANGAN
2.         KERJA AMALI
3.         REFLEKSI
4.         LAPORAN
5.         PENGHARGAAN


1.         PERANCANGAN
a.         Mengenal pasti dan memilih tajuk projek
b.         Menentukan objektif, jenis aktiviti, tempoh masa melaksanakan projek
c.         Mengenal pasti  sumber dan pihak yang terlibat
d.         Menyenarai dan membahagikan tugas
e.         Menentukan cara mengumpul maklumat
f.          Menentukan cara merekod projek

2.         KERJA AMALI

a.         Melaksanakan projek
b.         Merekod/mencatatkan tugas yang dijalankan
c.         Mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa
            menjalankan tugas

3.         REFLEKSI
a.         Menilai kerja yang telah dijalankan
b.         Menyusun dan menyemak dokumen dan catatan
c.         Menulis jurnal refleksi peribadi

No comments:

Post a Comment