Tuesday 26 July 2011

Pembinaan Negara Bangsa

Kuiz spontan (Dasar Pendidikan Negara Bangsa)
Anda dikehendaki melengkapkan kuiz di bawah bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran
i) Senaraikan perbezaan Laporan Cheeseman dengan Laporan Barnes (1950)

ii) Pada pandangan anda adakah Penyata Razak (1956) masih terdapat dalam sistem pendidikan kebangsaan? jika ya berikan alasan anda?

iii) Adakah Penyata Razak menekankan pembentukan perpaduan dalam kalangan masyarakat Tanah Melayu

8 comments:

  1. 1. Laporan Cheeseman:Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar.
    Laporan Barnes:Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pada peringkat sekolah rendah dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar pada sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi.

    2.Pada pendapat saya, Penyata Razak masih terdapat dalam sistem pendidikan kebangsaan. Hal ini kerana kurikulum seragam yang bercorak kebanggsaan dan pendidikan rendah adalah wajib pada masa kini. Selain itu, sistem pendidikan kebangsaan kini mengadakan sukatan pelajaran,sistem peperiksaan dan latihan perguruan.

    3.ada. Penyata Razak menekankan pembentukan perpaduan dalam kalangan masyarakat T.M dengan mengadakan sistem sekolah umum yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar manakala sekolah jenis umum yang menggunakan bahasa cina, bahasa tamil dan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar.

    ReplyDelete
  2. Dr Malar...
    Mohon buat satu pamplet camna nak buat assigment .
    saya kena PLBD...camna nak wat slaid untuk pemb.di luar kelas?

    tq..

    ReplyDelete
  3. oh ya
    satu lagi cadangan aje
    kalau nak wat untuk kuiz lebik elok dibuat diruangan forum....psk....

    tq....

    ReplyDelete
  4. 1.Laporan Cheeseman menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.Manakala bagi Laporan Barnes 1950,bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah dan bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi.Pada masa itu,semua sekolah Vernakular Melayu,Cina dan Tamil dibubarkan dan diganti dengan satu jenis sekolah.Pendidikan sekolah diwajibkan pada umur 6 tahun.

    2.Pada pendapat saya, Penyata Razak (1956) masih terdapat dalam sistem pendidikan kebangsaan.Hal ini disebabkan dalam sistem pendidikan kebangsaan,"sekolah jenis kebangsaan" dan "sekolah kebangsaan" asalnya daripada istilah "sekolah umum" dan "sekolah jenis umum" yang disebutkan dalam Laporan Razak 1956.Selain itu,ia juga menggunakan kurikulum seragam yang bercorak kebangsaan,iaitu sukatan pelajaran yang sama,tetapi penggunaan bahasa yang berbeza.Laporan ini juga mengadakan sukatan pelajaran,sistem peperiksaan dan latihan perguruan.

    3.Ya.Laporan Razak ini dipengerusikan oleh Menteri pelajaran ketika itu,Dato Abdul Razak bin Hussein.Penyata ini telah mengemukakan dua elemen penting bagi menyuburkan perpaduan negara iaitu:

    ~mengadakan sistem sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi sekolah rendah dan menengah.

    ~mengadakan sekolah jenis umum dengan menggunakan bahasa Cina,bahasa Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

    Dua elemen di atas ini telah memberi peluang kepada semua kaum untuk mempelajari dan mengekalkan bahasa mereka masing-masing.Layanan yang adil kepada semua kaum boleh mengelakkan berlakunya pergaduhan dan perselisihan kaum bagi mencapai kesejahteraan kaum.

    ReplyDelete
  5. 1. Laporan Cheeseman : bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar
    Laporan Barnes : bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah manakala bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah.

    2. YA.penyata razak merupakan asas kepada sistem pendidikan kebangsaan yang digunakan sekarang.penyata razak yang memperkenalkan sistem sekolah umum dan sistem sekolah jenis umum, iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan kini.tambahan, sistem pendidikan kebangsaan kini mempunyai kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan. sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan di seluruh negara adalah sama.hal ini menunjukkan persamaan antara penyata razak dan sistem pendidikan kebangsaan kini yang menjadi bukti bahawa penyata razak masih terdapat dalam sistem pendidikan kebangsaan.

    3. penyata razak menekankan perpaduan.penyata ini diadakan bagi menggabungkan semua kaum melalui pendidikan sebagai langkah untuk mendapatkan kemerdekaan.dalam penyata razak telah dinyatakan bahawa kurikulum diseragamkan dan ia bercorak kebangsaan.oleh itu, penyata razak adalah sesuatu usaha untuk menyatupadukan kaum-kaum dan mewujudkan satu bangsa negara di tanah melayu dengan adanya kurikulum yang bercorak kebangsaan.

    ReplyDelete
  6. 1. Laporan Cheeseman : bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar

  7. Tahniah kepada semua pelajar yang telah acess blog saya. Jawapan yang anda berikan bagi soalan kuiz adalah menenpati kehendak saya.

    ReplyDelete