Wednesday 27 July 2011

Pendidikan Negara Bangsa

Kuiz 2

a) Pada pandangan anda apakah perbezaan antara Laporan Razak 1956 dengan Laporan Kabinet 1979?

b) Mengapakah elemen utama yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan ialah JERI?

4 comments:

  1. Jawapan b)

    Mengapa hanya JERI sahaja yang ditekankan dan terlupa satu lagi aspek iatu sosial:

    Sedangkan sekarang kita lihat pelajar kita ramai yang cemerlang dalam ketiga-tiga aspek tersebut tetapi bobrok sosial dan rendah sahsiah terhadap masyarakat,bangsa dan negara.

    Baru sekarang Najib cuba menekankan aspek ini didalam kerangka pentadbirannya demi memperbaiki akhlak dan budi pekerti masyarakat Malaysia bersatu padu bersama dalam 1 Malaysia.

    Cubalah kita fahami,Falsafah itu dirangka pada tahun berapa dan sebanyak mana implementasinya terhadap masyarakat madani malaysia.

    ReplyDelete
  2. 1. Laporan Razak:mengemukakan dua elemen iaitu mengadakan sistem sekolah umum yang menggunakan BM sebagai bahasa penghantar dan sekolah jenis umum yang menggunakan BC,BT dan BI sebagai bahasa penghantar; pendidikan rendah adalah wajib dan kurikulum seragam.
    Laporan Kabinet:menekankan penguasaan membaca, menulis dan mengira,kenaikan darjah secara automatik; melaksanakan KBSR dan KBSM.

    2.Bagi memastikan semua rakyat dapat membaca, menulis dan mengira. Bagi melengkapkan individu dengan kemahiran intelek dan psikologi yang perlu, berserta dengan tabiat kerja yang betul.
    Bagi memupuk sikap yang sesuai pada pekerjaan,
    hormat dan cinta sesama manusia dan
    bertanggungjawab kepada bangsa dan negara.
    Bagi menyuburkan warisan dan kebudayaan kebangsaan. Bagi membentuk moral budi pekerti yang dapat diterima oleh masyarakat selaras dengan pegangan agama.

    ReplyDelete
  3. 1. laporan razak :
    - peringkat sekolah umum rendah,bahasa melayu sebagai bahasa pengantar.
    - peringkat sekolah jenis umum rendah, bahasa inggeris,cina dan tamil sebagai bahasa pengantar.
    - bahasa melayu dan bahasa inggeris wajib diajar.
    - sukatan pelajaran seragam dan bercorak kebangsaan.

    laporan kabinet :
    - menekankan 3M (membaca,menulis,mengira)
    - mempunyai sukatan pelajaran swasta.
    - mewajibkan bahasa melayu diajar di sekolah.
    - penekanan terhadap sekolah vokasional.
    - kenaikan darjah secara automatik.

    2.JERI ditekankan bagi melahirkan anak bangsa yang seimbang dan harmonis. keseimbangan pelbagai segi adalah penting untuk mencapai kesejahteraan diri dan kemakmuran masyarakat dan negara.penekanan diadakan terhadap empat aspek itu demi mewujudkan rakyat yang bukan sahaja berilmu, malahan mempunyai fizikal dan mental yang sihat, berbudi bahasa dan mempunyai pegangan agama masing-masing yang menjadi pedoman hidup.

    ReplyDelete
  4. Very good idea yang anda berikan itu bagus tentang Dasar Pendidikan Kebangsaan

    ReplyDelete